Submit a Picture
Our Email is example@gmail.com you can send us funny pictures and we will publish it on our website with your name.
Subscribe Via Email
Get latest update in you Inbox!!!




9GAG is your best source of fun.

Advertisment

Inilah Pelukis Tatoo Yang Comel & Seksi Dari Malaysia Mk1 (15 Gambar )

Kinki adalah Professional Tattoo Artist di Malaysia. Ramai penggemar tattoo dari luar seperti Australia, Taiwan, Hong Kong dan China datang ke Malaysia semata-mata mahu di'tatu oleh Kinki.

Kinki juga kerap dijemput ke konvensyen tatu antarabangsa di luar negara dan baru-baru ini gambar Kinki menghiasi majalah tatu di Tatowier Magazin, sebuah majalah tatu dari German.

Kerjaya sebagai seorang artis tatu bermula di Bloody Ink Tattoo Studio yang bertempat di Kuala Lumpur.

"I'm a Professional Female Tattoo Artist from Malaysia! I've been tattooing since I'm 16 years old. I take great pride in my work as i believe in the art of tattooing, is like the art of life.. Once inked, never forgotten and it stays forever ❤. I've traveled to many places, met alot of great artists and great people along my line of work. Constantly upgrading and improving my skills. - Wong Wei Yin

Jom kita tengok tatoo-tatoo yang menghiasi tubuh gadis yang seksi ini.






















Y U NO SHARE?

Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia

Banyak orang yang kata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras cantik adalah sebuah keberuntungan. Jika memang demikian, maka 8 perempuan beragama Islam ini sangat beruntung. Kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negaranya masing-masing. 

Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood. Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna. Dipetik daily.bhaskar.com, ini dia perempuan beruntung itu.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia1 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
1. Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah putri kedua sekaligus anak keempat dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37). Kini perempuan satu putra ini telah menikah dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus asisten eksekutif di pejabat Perdana Menteri. Majeedah dan Khalil rasmi menikah pada Juni 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 silam dan dikenal akan kegemarannya akan logam emas yang berharga.
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia2. Lalla Salma
Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah istri dari Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35) dari ayahnya yang seorang guru sekolah. Publik mengenal sosok Salma kali pertama sebagai Permaisuri Maroko sekaligus ibu dua anak. Meskipun demikian Salma tetap terlihat ramah sekalipun menjadi first lady Maroko.
Suami Salma, Raja Maroko memiliki anggaran kewangan operasional harian mencapai USD 960 ribu menurut Forbes. Disebutkan kekayaannya mencapai USD 2,5bilion
Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia3 Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Si cantik Hajah Hafizah adalah putri dari Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33). Seperti yang disebutkan, semenjak kecil Hafizah sudah hidup bergelimang harta karena ayahnya pernah menjadi manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes. Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi emas 24 karat selain keretanya yang mencapai 7000 buah. Dia juga memiliki tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 bilik. Untuk pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah wang mencapai USD 20 juta
Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
4. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
 Seorang banker, investor dan pengusaha real estate adalah pekerjaan dari Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah satu pengusaha wanita tersukses dalam perekonomian Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus bank Standard Chartered. Seakan kurang, Hanadi adalah CEO dari projek pengembangan Al Waab City Real Estate. Hanadi kini juga terdaftar sebagai wakil CEO dari grup Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Sekalipun tak pernah diungkapkan oleh Hanadi, pundi-pundi kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion
 Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
5. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikha asal Dubai ini sangat mempesona kerana di balik parasnya yang cantik dia adalah atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33), Maitha adalah putri dariSheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus Wakil Presiden Uni Emirat Arab dan monarki konstitusional Dubai.
Mohammed adalah pemegang saham terbesar di banyak perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed disebut lebih dari USD 40 bilion. Seakan tak ingin hidup dalam gelimangan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga berprestasi dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.
 Ameerah Al Taweel Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30). Dia adalah istri dari Pangeran Al Waleed bin Talal, anggota keluarga kerajaan Arab Saudi. Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang pebisnis dan ada di posisi ke-26 dalam daftar lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan daftar kekayaan bersih lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini sebagai salah satu manusia paling berpengaruh di Arab. Sang Pangeran adalah pengasas sekaligus pemilik Perusahaan Kingdom Holding.
Sultanah Nur Zahirah Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
7. Sultanah Nur Zahirah
Ratu Terengganu, Nur Zahirah adalah istri dari Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nur sendiri terlahir pada 7 Desember 1973 (40) dan dia adalah Permaisuri ke-13 di Malaysia (2006-2011).
Meskipun keluarga Kerajaan tak pernah mengungkapkan nilai kekayaan mereka, dari berbagai sumber disebutkan jika pundi-pundi kewangan bangsawan Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion
Fathima Kulsum Zohar Godabari Inilah 8 Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia
8. Fathima Kulsum Zohar Godabari
Sebelumnya dipimpin oleh seorang Pangeran, kini Fathima Kulsum resmi menjadi Ratu kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah satu anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah istri dari Sheikh Avdi Al Muhammad. Paras cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah ada yang tahu dan keindahan ragawinya selalu misterius serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima sempat terungkap di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC. 
Y U NO SHARE?

4 Alasan Menarik Kenapa Wanita Tak Balas Mesej Anda

4 Alasan Menarik Kenapa Wanita Tak Balas Mesej Anda | Perempuan akan cepat bosan dengan lelaki yang menghantar mesej yang sama setiap hari. Bukan apa, bagi mereka perkara ini sangat menjengkelkan mereka.
Pernahkah kaum lelaki terfikir kenapa si wanita tidak membalas mesej yang anda beri. Tidak suka ke?

1. Mereka dihujani dengan mesej yang sama
Di telefon bimbit, mereka ditanya soalan yang sama, bayangkan daftar masuk ke Facebook hanya untuk mendapati mesej yang belum dibaca dari segelintir lelaki yang bertanyakan hal peribadi seperti ‘jom keluar makan’, ‘kenapa diam saja’. Semuanya itu hanya membuatkan wanita malas untuk balas mesej.
2. Apabila wanita mendapati mereka boleh memiliki anda, maka mereka main tarik tali dengan anda
Jika seseorang wanita tahu dia boleh memiliki lelaki yang diingini maka dia mula untuk main tarik tali, dia mula bersikap acuh tak acuh. Mereka merasakan anda seorang yang sangat mudah, tiada cabaran langsung.
3. Wanita merasakan anda kaum lelaki tidak misteri, tiada daya penarik
Ada setengah wanita sukakan sikap misteri lelaki, mereka tidak sukakan lelaki yang sentiasa ingin mengongkong ataupun 24 jam berkepit dengan telefon pintar, wanita merasakan sangat rimas dengan lelaki sedemikian, mula tidak membalas mesej dan menjauhkan diri
4. Bila wanita sedang sibuk dengan kerja
Ini perkara biasa, bila seorang wanita sedang sibuk dengan karier yang sedang berkembang maka wanita tidak mahu diganggu dengan mesej ringan.
p/S: jadi.. kaum lelaki.. faham-faham lah ek knape perempuan tak balas mesej anda tuh..ehehehe icon razz 4 Alasan Menarik Kenapa Wanita Tak Balas Mesej Anda
Y U NO SHARE?

EQBAL ASAD CIPTA GUINESS WORLD RECORD SEBAGAI DOKTOR TERMUDA

Ismail Haniyah sangat menghormati Eqbal Asa'd. Siapa Asa'd? Dia adalah doktor termuda di dunia. Dia berasal dari Palestin.




Haniyah menegaskan Asa'd berusia 20 tahun sebagai seorang doktor yang hebat.
Guinness World Records menetapkan Asa'd sebagai doktor termuda di dunia.



Asa'd adalah seorang pelarian Palestin yang tinggal di kem pelarian Palestin di Lebanon. Dia disenaraikan di Weil Cornell Medical Collage di Qatar ketika berusianya baru 14 tahun.

Pada usia 20 tahun, dia mendapat gelaran sarjana di bidang perubatan dengan keputusan yang memuaskan.


Sejak kecil, Asa'd adalah seorang anak genius.

"Seorang anak wanita genius. Seorang gadis yang tamat sekolah rendah pada usia 7 tahun, "tulis Mi'raj News Agency.
Setiap tiga bulan, secara menakjubkan dia menghabiskan program satu tahun seluruh sekolah. Dia dengan cepat berpindah kelas dengan keputusan yang baik.

"Dia membaca, belajar, berlumba untuk mendapatkan nilai terbaik. Dalam tiga bulan, dia mampu melampaui pelajar kelas baruny , "tulis Mi'raj . Pada usia 12 tahun, dia memperoleh Baccalaureatenya. Kemudian dia ditemui oleh media dan satu  penghargaan biasiswa negara asing diterimanya untuk bidang perubatan. Dia menjadi doktor pelatih termuda di dunia di usia 17 tahun.

Asa'd adalah puteri dari seorang pelarian Palestin dari Lembah Bekaa, Lebanon. Kerajaan yang membayar pendidikannya adalah Qatar .
Asa'd bercita-cita ingin membuka klinik di desanya iaitu di Bekaa. Akibat polisi Israel, orang Palestin tidak diberi hak untuk bekerja sebagai peguam dan doktor di Lebanon.

Itulah luar biasanya Palestin. Mereka dijajah Israel. Tapi doktor termuda di dunia berasal dari Palestin.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Y U NO SHARE?

5 Hukuman Mati Paling Kejam dan Ngeri DI Dunia

1)Ditanam Hidup-hidup Hukuman ini telah digunakan kepada individu ataupun secara kelompok.Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang dan ditanam. Salah satu yang paling terkenal adalah pembunuhan ketika Perang Dunia II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China.Tahukah korang berapa mangsa yang ditanam hidup-hidup ? Mengikut info,hampir 10,000 orang telah ditanam hidup2 dalam tanah!mai !..kejam siott..


























2)Snake Pit
ini adalah salah satu lagi bentuk Penyiksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Narapidana dilemparkan ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa.Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.





3)Cakar Sepanyol
Penyiksaan ini umumnya digunakan di Eropah selama Abad Pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit mangsa, senjata ini boleh robek melalui apa pun, termasuk otot dan tulang.Mangsa diikat telanjang, kadang-kadang di depan umum.Bentuk penyiksaan ini biasanya dimulakan pada tungkai kaki dan hanya menyiksa leher dan wajah saja.



4)Dihiris Perlahan Lahan
Ling Chi, diterjemahkan sebagai “lambat mengiris” atau “kematian yang masih tersisa” itu digambarkan sebagai kematian dengan seribu luka. Penyiksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sampai tahun 1905, bentuk penyiksaan dengan cara ini perlahan-lahan membuat luka dan menghilangkan beberapa bahagian tubuh, memperpanjang hidup mangsa penyiksaan selama mungkin.



5)Dibakar
Kematian dengan membakar telah digunakan sebagai suatu bentuk hukuman mati selama berabad-abad dan sering dikaitkan dengan kejahatan seperti pengkhianatan dan sihir. Sekarang ini dianggap sebagai hukuman yang kejam.Sebelum abad ke-18, yang dibakar pada tiang panjang adalah amalan umum.Mangsa diikat dan dibakar dihadapan orang ramai yang menyaksikan hukuman ini.


Y U NO SHARE?

Terlalu Banyak Penipuan, Pembohongan & Fitnah Di Dalam Video Itu – Lisdawati

Akan berangkat menunaikan umrah, Lisdawati sempat memberi jawapan kepada sebuah video Sharnaaz Ahmad yang mendakwa mempunyai bukti mengenai apa yang telah terjadi. Video Sharnaaz ini telah pun dimuatnaik menerusi laman YouTube Harian Metro baru-baru ini. Menariknya Lisdawati juga menggunakan saluran yang sama untuk membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sharnaaz.
sharnaaz dan lisadawBerikut ialah video Sharnaaz menunjukkan bukti baru-baru ini.

Dan ini antara sari penting kata-kata Lisdawati di dalam video terbarunya:-
Ok saya sebenarnya taknak merumitkan lagi keadaan. Maca inilah, lagi banyak statement keluar nanti, lagi macam-macam tohmahan yang datang. Yang kena jugak, saya sekeluarga
Orang kat luar suka jadi hakim. Okay. Macam inilah. Dia menunjukkan keberaniannya untuk minta maaf kepada saya. Di sini pun saya masih tertanya-tanya apa salah saya. Dia cuma mengemukakan pendapat dia.
Ok di sini kalau anda rasa saya bersalah, ok sekarang juga saya berani katakan saya minta maaf. Di dalam video itu, terlalu banyak penipuan. Tolong jelaskan kepada saya dan saya nak anda bersihkan nama saya selepas saya balik dari umrah.
Awak kata nak saman saya semaksimum mungkin, jangan sampai benda itu berbalik balik pada anda.
Sila tonton video di bawah untuk temubual penuh antara Harian Metro dan Lisdawati:-
Apa pun, diharap kemelut yang melanda Lisdawati dan Sharnaaz ini tidak menjejaskan tumpuan Lisdawati untuk menunaikan umrah. Sampai di sana kelak, jangan fikir hal-hal ini. Tumpukan kepada perkara ibadah sepenuhnya. Balik nanti fikirkanlah semula. Mana tahu dapat ilham untuk menyelesaikan perkara ini apabila berada di sana kelak.

Laporan Asal: beautifulnara
Y U NO SHARE?

Seks ‘Pelik’….Wanita Dikejarkan Ke Hospital Telur Rebus Tersekat Dalam Faraj!

Shanghai – Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.
Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.
Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.
Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.
Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.
“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya. -Agensi
Y U NO SHARE?

Mungkinkah Ini Kay, Insan Yang Pernah SINGGAH Di Hati Allahyarham Sudirman…

LIMA hari lalu genap 22 tahun pemergian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, penghibur terkenal tanah air ke rahmatullah.
Seperti yang kita semua sedia maklum, allahyarham merupakan penyanyi yang penuh ‘warna warni’ dalam kehidupannya.

Meskipun sering kelihatan ceria dalam kehidupan sehariannya, namun Sudirman seringkali menyebut betapa penceraian yang terjadi dalam perkahwinan adalah antara perkara yang paling meruntun jiwa dan raganya.
Pernikahannya dengan seorang eksekutif Petronas yang dikenali sebagai Kay, tidak bertahan lama.
sudirman__kay
Kesedihan itu sering diabadikan arwah dalam lagu-lagu dalam albumnya….terutama menerusi lagu popular beliau, Terasing.
Namun kita pasti tertanya-tanya, siapakah Kay…di mana Kay sekarang…bagaimana agaknya raut wajah Kay?
sudir029
Mungkin artikel berikut dapat menjawab segala persoalan itu.
Yang pastinya semuanya sudah berlalu. Kay sudah bahagia dengan kehidupannya sekarang, Sudirman pun sudah menemui Penciptanya.
Segalanya kini hanya tinggal kenangan….klik DI SINI untuk mengetahui kisah terbaru Kay, insan yang pernah menjelma di hati penyanyi kesayangan Sudirman itu….
.

Laporan Asal: mynewshub

Y U NO SHARE?

Inilah Pantai Tertutup Terbesar Di Dunia (4 Foto)

Sebuah pantai buatan telah berjaya dibina oleh syarikat terkemuka dunia Mitshubishi. Pantai yang diberi nama The Ocean Dome ini terletak di Pulau Kyushu, Jepun.


Kebiasaannya kita mendengar tasik buatan manusia, namun kali ini terdapat sebuah pantai buatan yang dikenali sebagai The Ocean Dome. Iamerupakan sebuah pantai yang tertutup yang terbesar di dunia. Pantai buatan ini terletak di Pulau Kyushu, Jepun. Mempunyai 300 meter panjang dan 100 lebar dengan ketinggian hampir 38 meter.Pantai buatan ini boleh menampung lebih 10,000 orang pada satu-satu masa.Direka oleh syrikat perindustrian berat yang terkemuka dunia, Mitshubishi.
Dibuka secara rasmi pada julai 1993 menelan belanja sebanyak 200 bilion yen ($ 2 bilion). Didalam pantai buatan ini juga terdapat kedai tiga tingkat dan sebuah gunung berapi buatan yang mengeluarkan asap dan nyalaan api setiap 15 minit. Menakjubkan.
Sumber: Betol Ke Ni 
Y U NO SHARE?

Gambar Ngeri 4 Pelajar Unitar Maut Kemalangan Viva dan Lori (2 Foto)

Gambar Ngeri 4 Pelajar Unitar Maut Kemalangan Viva dan Lori | Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Thomas Loh (pemandu), Koh Suet Mun, Wong Pei Pei dan Ling Yok Sue. Masing-masing berumur dalam awal 20an.
Dalam kejadian itu kereta model Perodua Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan akibat gagal memotong sebuah kenderaan. Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.
“Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini. “Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh bahagian kiri depan lori berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kenderaan. “Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan. “Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan,” katanya.
Y U NO SHARE?

Penampilan Nur Fathia Paling Memukau Di Anugerah Drama Festival KL 2014 (5 Gambar)

Penampilan Nur Fathia paling memukau di Anugerah DFKL – Buat julung kalinya Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur diadakan bagi mengiktiraf industri drama tanah air serta mengeratkan lagi hubungan barisan penggiat dalam industri kreatif.
Untuk acara karpet merah kali ini, busana mewah yang digayakan pelakon jelita, Nur Fathia paling berjaya mencuri tumpuan orang ramai dan memukau. Malah kehadiran kekasihnya, Aiman Hakim di sisi menyerlahkan lagi keayuan Fathia.

Ramai yang terpukau dengan kejelitaan Fathia, jika sekali pandang pakaian Fathia tidak ubah seperti gaun pengantin.

Di bawah kami paparkan kepada anda beberapa gambar cantik Nur Fathia bersama Aiman Hakim. Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat pasangan ini bersanding pula.





Y U NO SHARE?

Designed By Seo Blogger Templates | Xo so