Submit a Picture
Our Email is example@gmail.com you can send us funny pictures and we will publish it on our website with your name.
Subscribe Via Email
Get latest update in you Inbox!!!




9GAG is your best source of fun.

Advertisment

Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

BONGKAR !!! 7 tanda-tanda anda sudah terlebih onani..??

Tanda-tanda anda terlalu banyak onani - Onani adalah aktifitas seksual non penetrasi yang sering dilakukan oleh pria maupun wanita. Onani atau masturbasi oleh sebagian besar dokter masuk dalam kategori safe sex asalkan dilakukan dengan benar, tidak menimbulkan masalah kesehatan dan tidak terlalu sering atau kecanduan.
Y U NO SHARE?

BONGKAR! KENAPA TUDM TIDAK PINTAS PESAWAT MH370 SEMASA MELINTAS DI PULAU PERAK?

Info dan Berita ini dibawakan oleh InfoDalamTalian.Blogspot.Com

KENAPA TUDM TIDAK PINTAS PESAWAT MH370 SEMASA MELINTAS DI PULAU PERAK?


JANGAN BURUKKAN TUDM JIKA TIDAK FAHAM SITUASI SEBENAR!

Ada yang masih mempersoalkan kenapa TUDM tidak pintas MH370 yang dikatakan dikesan dalam radar tentera kita. Kononnya pesawat itu kali terakhir dikesan berhampiran Pulau Perak, lokasi ini bagaimanapun dinafikan oleh TUDM. TUDM hanya mengesahkan radarnya ada mengesan kehadiran yang belum dikenalpasti 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang pada jam 2.15 pagi Sabtu.

Pesawat tidak dikenalpasti ini kemudiannya telah disahkan sebagai MH370 berdasarkan 'raw satellite data' oleh penyedia perkhidmatan data satelit. Pengesahan itu turut disokong dari kajian forensik dibuat dan perbincangan mendalam oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia.

Plot itu dikesan pada jam 2.15 pagi Sabtu tetapi TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana ia laluan udara komersial.

Radar tentera atau radar utama hanya berfungsi mengesan plot sahaja dan ia tidak memberikan identiti pesawat manakala radar kedua boleh berkomunikasi dengan pesawat itu yang bermaksud boleh tahu semua maklumat pesawat boleh diketahui termasuk kedudukan, ketinggian dan jenis kapal terbang.

Dari plot jangkaan laluan pesawat seperti disiarkan oleh Reuters yang didakwa diperolehi dari sumber radar tentera, pesawat MH370 merentasi Semenanjung Malaysia melalui laluan udara komersial di sebelah Selatan Thai. Jika benar laluan itu, persoalan mengapa TUDM tidak memintas pesawat yang tidak dikenali itu tidak patut timbul. Ternyata pengendali MH370 yang mengubah haluan itu sangat arif dengan laluan penerbangan yang memungkinkan ia tidak dipintas oleh tentera udara mana-mana negara seperti Thailand, Malaysia atau Indonesia.

Hentikanlah mempertikai atau memburuk-burukkan angkatan tentera kita jika sendiri tidak tahu perkara sebenar! Konon TUDM kita lembab dan tak buat kerja. Jangan juga mendesak TUDM untuk mendedahkan secara terbuka dapatan atau plot radar tentera kita kerana ia membabitkan rahsia dan keselamatan negara! Jangan jadi bodoh nak politikkan semua benda hingga membahayakan negara!
Sumber: idasyuhada.blogspot.com
Y U NO SHARE?

Simulator milik Kapten Zaharie diambil untuk siasatan - KPN



SEPANG: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata simulator milik juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah sudah diambil oleh pihak polis dan sedang diperiksa oleh pakar. 

“Kita ke rumah beliau petang semalam, dan kini masih dalam siasatan,” katanya pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini, sebentar tadi. 

Sementara itu, Khalid berkata, Agensi Perisikan Antarabangsa sudah mengesahkan penumpang MH370 tidak membewa sebarang ancaman. 


Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003, katanya. 





SUMBER : BHarian Online
Y U NO SHARE?

Jangan tengok orang yg pakai spek mata tu!!!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Y U NO SHARE?

Sembilan Kehilangan Pesawat Paling Misterius Sepanjang Zaman

Walaupun jarang berlaku, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bukanlah peristiwa pertama kehilangan tanpa jejak bagi sebuah pesawat. Berikut ialah beberapa kes hehilangan dan bencana pesawat yang misteri. Beberapa kes tidak berjaya diselesaikan, walaupun setelah berdekad lamanya.
2014: Penerbangan Malaysia Airlines 370
Jet penumpang Boeing 777 penerbangan MH370 telah hilang awal pagi Sabtu, 7 Mac lepas, sejam setelah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Tidak ada isyarat kecemasan yang dikeluarkan sebelum ia hilang diantara perairan Malaysia dan Vietnam. Pasukan mencari dari pelbagai negara sedang menjejak pesawat tersebut, tetapi buat masa ini, pesawat tersebut gagal dikesan. Misteri tentang nasib pesawat tersebut dan 239 orang di dalamnya mengejutkan pegawai kerajaaan dan pakar penerbangan.

Crew members from the Brazilian frigate Constituicao recover pieces of Air France Flight 447 from the Atlantic in June 2009.

Anggota krew kapal frigat Brazil, Constituicao menemui cebisan pesawat Air France 447 yang terbang di Atlantik pada Jun 2009.
2009: Air France Penerbangan 447
Pesawat jenis Airbus A330 berlepas dari Rio De Janeiro ke Paris pada 31 Mei 2009. Beberapa jam kemudian, semasa menyeberangi lautan Atlantik dalam keadaan cuaca yang buruk, ia memberitahu pusat kawalan tentang kedudukan terkininya.
Itu ialah perhubungan terakhir pesawat itu dengan pusat kawalan. Posisi terakhirnya mengambil masa dua hingga empat jam untuk didekati dari pelabuhan terdekat, dan kedalaman laut tersebut menyukarkan proses pencarian.
Hampir dua tahun berlalu sehingga sebahagian besar bangkai pesawat ditemui, dan majoriti mayat serta rakaman suara dan data turut ditemui. Semua 228 orang dalam pesawat disahkan terbunuh.
Pada tahun 2012, pihak berkuasa Perancis mengumumkan yang kristal ais yang berfungsi menentukan kelajuan udara pesawat itu telah menyebabkan mod autopilot terputus. Pesawat itu kemudiannya terhempas ke dalam laut.
Rakaman dari kotak hitam mengisyaratkan yang berlaku kesilapan apabila pembantu juruterbang 1 dan pembantu juruterbang 2 membuat keputusan-keputusan tertentu yang menyebabkan keadaan lebih buruk untuk pesawat tersebut selepas mod autopilot dinyahaktifkan. Semasa itu juruterbang sedang berehat dalam masa yang diperuntukkan kepada beliau. Kesemua yang berada dalam kokpit hanya menyedari pesawat itu akan terhempas 10 saat sebelum ia berlaku.
Lagi tujuh insiden dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

2003: Boeing 727
11 tahun lepas, sebuah pesawat Boeing 727 hilang di ibu kota Luanda, Angolan.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Quatro de Fevereiro pada 25 Mei 2003 untuk ke Burkina Faso. Ia berlepas dengan lampu yang tidak menyala dan transponder yang tidak berfungsi.
Ada beberapa laporan yang bercanggah tentang jumlah penumpang dalam pesawat, tetapi jurutera Ben Charles Padilla dipercayai berada dalam pesawat tersebut. Sesetengah laporan mendakwa dia terbang seorang diri, manakala beberapa laporan lain memberitahu terdapat tiga orang dalam pesawat itu.
Tidak ada apa-apa khabar berita tentang apa yang telah terjadi kepada pesawat itu selepas itu. Lokasinya tidak diketahui hingga ke hari ini
.
Members of the media photograph possible EgyptAir Flight 990 debris in Nantucket, Massachusetts, in November 1999.

Wakil media mengambil gambar apa yang berkemungkinan serpihan pesawat penerbangan 990 Egypt Air di Nantucket, Massachusetts pada November 1999.
1999: EgyptAir Penerbangan 990
15 tahun dulu, penerbangan 990 EgyptAir terjunam, pada jarak 14,000 kaki dalam masa 36 saat.
Jet 767 itu dalam perjalanan dari Kaherah ke bandaraya New York, terhempas ke Lautan Atlantik berdekatan pantai Massachusetts.
Walaupun serpihannya ditemui, masih terdapat spekulasi tentang punca sebenar kejadian tersebut, yang menyebabkan 217 orang yang menaiki pesawat itu pada Oktober 1999 terbunuh.
Pelbagai teori termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang membunuh diri, juga terdapat kisah yang tidak dapat diakui kesahihannya tentang pertengkaran untuk mengawal pesawat di kokpit antara juruterbang dan pembantunya. Mesir pula memberitahu ia kerana kegagalan mekanikal.

A wing section of TWA Flight 800 floats in the Atlantic Ocean off Long Island, New York, in July 1996.

Bahagian sayap Penerbangan 800 TWA terapung di Lautan Atlantik berdekatan Long Island, New York pada Julai 1996.
1996: Penerbangan 800 TWA
Pesawat yang dalam perjalanan ke Paris meletup di udara sejurus selepas berlepas di bandaraya New York, dan menyebabkan kesemua 230 orang dalam pesawat terbunuh.
Saksi mendakwa mereka menyaksikan lingkaran cahaya dan bola api, menyebabkan ada yang curiga bahawa pesawat itu dibedil oleh pengganas dengan roket. Ada yang mendakwa peluru berpandu dan meteor.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB) memutuskan yang letupan tersebut ialah disebabkan litar pintas elektrik yang meletupkan tangki bahan api dan seterusnya memusnahkan pesawat tersebut sehingga menjadi cebisan kecil di perairan Long Island.
Walaupun diberi penerangan sebegitu, masih wujud teori konspirasi tentang pembabitan kerajaan dalam insiden tersebut.
1947: British Stardust
67 tahun lepas, sebuah pesawat British lenyap di banjaran Andes setelah berlepas dari Buenos Aires ke Chile.
Setelah pencarian pesawat yang diberi nama Stardust itu tidak berhasil selama 50 tahun, teori konspirasi mula muncul, antaranya tentang makhluk asing, dan semua ini terbukti tidak benar apabila bangkai pesawat itu ditemui tertanam dalam bongkah glasier. Kejadian itu berlaku pada 2 Ogos 1947 dan membunuh 11 orang dalam pesawat, seperti laporan BBC.
Mesej terakhir dari Stardust dalam bentuk kod Morse ialah perkataan ‘STENDEC’. Walaupun setelah beberapa dekad, maksud perkataan tersebut masih misteri.

Members of the Navy pose in front of one of the Flight 19 planes that disappeared in 1945.

Anggota tentera laut bergambar di harapan Penerbangan 19 yang lenyap pada tahun 1945.
1945: Para tentera laut pengebom di Penerbangan 19 (Segitiga Bermuda)
Penerbangan 19 tidak merujuk kepada satu pesawat, sebaliknya lima orang tentera laut pengebom yang hilang di pantai Florida pada 5 Disember 1945.
Seorang jurulatih penerbangan memandu sebuat pesawat itu, dan pesawat turut membawa juruterbang-juruterbang berkelayakan dalam penerbangan selama 350 hingga 400 jam, menurut Sejarah Tentera Laut dan Arahan Warisan US.
Transmisi radio menunjukkan yang jurulatih itu sesat kerana kompas tidak berfungsi. Hubungan radio juga putus sebelum masalah yang sebenar dikenal pasti, dan kehilangan pesawat tersebut tidak meninggalkan sebarang jejak.
Menambah misteri, pesawat yang ditugaskan untuk mencari Penerbangan 19 juga hilang lenyap. Pesawat patrol itu, yang berlepas keesokan harinya, tidak pernah dilihat atau didengar lagi.
Penerbangan 19 dilaporkan kali terakhir berada di satu kawasan yang secara tidak rasmi dikenali sebagai Segitiga Bermuda.

A Royal Air Force P-40 Kittyhawk sits in the Egyptian Sahara. The plane crashed on June 28, 1942, and was found in 2012.

Pesawat P-40 Kittyhawk tentera udara diraja British di gurun Sahara. Pesawat itu terhempas pada 28 Jun 1942 dan ditemui pada 2012
1942: Jet Pejuang British
Sebuah pesawat pejuang tentera udara diraja British terhempas di kasawan gurun Sahara Mesir pada 29 Jun 1942.
Tidak ada sebarang berita didengari tentang juruterbang pesawat itu selepas itu, dan pesawat P-40 Kittyhawk yang dipandunya dianggap hilang buat selamanya.
Bagaimanapun, dua tahun lepas, seorang pekerja syarikat minyak menemui bangkai pesawat itu. Apa yang mengejutkan, pesawat itu ditemui dalam keadaan baik, dengan keadaan sayap, ekor dan instrumen kokpit masih terbina.
Di masa itu, menurut pakar, pesawat terbang dengan kelengkapan yang sangat asas, jadi peluang untuk juruterbang untuk terselamat ialah tipis.

In a photo taken in the 1930s, Amelia Earhart looks trough the cockpit window of her plane.

Dalam sebuah gambar yang diambil pada tahun 1930-an, Amelia Earheart melihat keluar menerusi tingkap kokpit pesawatnya.
1937: Amelia Earhart
Kehilangan Amelia Earheart berkemungkinan merupakan misteri paling terkenal kehilangan pesawat yang tidak dapat diselesaikan.
Juruterbang yang mencipta sejarah itu berada dalam penerbangan yang paling bercita-cita tinggi untuknya, iaitu untuk menjadi wanita pertama terbang mengelilingi dunia.
Pada tahun 1937, dia terbang dengan pesawat miliknya Lockheed Elektra, yang mempunyai enjin berkembar. Dengan baki penerbangan sejauh 7, 000 batu, dia cuba mendarat di Pulau Howland di tengah lautan Pasifik.
Menurut biografi Earheart, transmisi radio beliau menjadi tidak jelas di situ, dan laporan terakhir yang dibuat olehnya ialah, “kami terbang utara dan selatan”.
Setelah menbelanjakan USD 4 juta dan pencarian sejauh 250, 000 batu persegi di lautan pasifik, Amerika Syarikat membatalkan pencarian.
Pelbagai teori wujud hari ini tentang kehilangannya, namun nasibnya dan pemandu arah yang terbang bersamanya, Fred Noonan, tidak diketahui.
Laporan asal: CNN
Y U NO SHARE?

KENAPA ANAK BINI KAPTEN ZAHARIE LARI SEHARI SEBELUM PESAWAT MH370 HILANG' ?

#MH370: KENAPA ANAK ISTERI KAPTEN ZAHARIE LARI SEHARI SEBELUM PESAWAT MH370 HILANG? | Kenapa pakar pun takut buat spekulasi? Spekulasi tiba-tiba sahaja menjadi satu jenayah padahal kaedah spekulasi telah banyak menyelesaikan pelbagai jenis siasatan.

Sebenarnya rakyat Malaysia ni bukan nak menyebok tetapi adalah perihatin dan ingin membantu. Kita bukan ingin mencipta spekulasi demi spekulasi tetapi kita ingin memberi atau menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa.

Kita akur maklumat dan siasatan kita hanya terhad dihujung jari manakala siasatan pihak berkuasa berdasarkan teknologi dan sains. Selain daripada berdoa, usaha juga amat penting, selebihnya kita berserahlah kepada Allah SWT Yang Maha Kuasa pencipta alam semesta. ‪#‎prayforMH370‬ 

Spekulasi demi Spekulasi.... sedikit demi sedikit terbongkar...


Isu MH370 ini semakin panas dengan perihal anak isteri kapten Zahari Ahmad Shah telah meninggalkan rumah sehari sebelum kejadian pesawat itu hilang, pelik juga, setelah hampir seminggu, ia kembali di highligh kepada seorang yang menjadi tanda tanya statusnya. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Dilaporkan, anak isteri Kapten Zaharie keluar dari rumah itu sehari sebelum pesawat MH370 hilang. Atau dengan kata-kata lain, beberapa jam sebelum Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman 5 tahun kepada Anwar Ibrahim. Pembantu rumah berusia 38 tahun itu dalam keterangannya, memberitahu dia tidak tahu ke mana anak isteri Kapten Zaharie 'hilang'.

Sehari sebelum mereka menghilangkan diri, isteri dan tiga orang anak Kapten Zaharie bermalam di rumah kedua mereka di Subang.

Semakin menarik dan semakin kuat syak wasangka terhadap Kapten Zaharie yang telah disahkan oleh R.Sivarasa dan Saifuddin Nasution bahawa Kapten Zaharie adalah ahli fanatik dan merupakan penyokong tegar PKR dan Anwar Ibrahim.

Persoalannya, mengapa 'persediaan' untuk menyorokkan anak isterinya telah dibuat lebih awal sebelum MH370 dihilangkan? Di mana isteri dan ketiga-tiga orang anak Kapten Zaharie sekarang?

Persoalan kedua kenapa pihak dari Amerika Syarikat seperti Al-Gore yang diketahui merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim, bersuara dan menyatakan ketidakpercayaan terhadap Malaysia menyelesaikan isu kehilangan MH370? Apakah semua ini adalah kebetulan?



Sumber Asal: Lawaksiyot
Y U NO SHARE?

Raja Bomoh : Bini aku tak bercium dan berpeluk dengan lelaki lain


Raja Bomoh nafi isterinya pernah cium dan peluk lelaki lain - Umum mengetahui, Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin semakin popular di mata dunia selepas melakukan pertunjukkan upacara ritualnya kepada umum di KLIA.

Populariti Ibrahim naik mendadak kerana mendapat kecaman rakyat Malaysia termasuk dua ahli politik terkenal, Khairy Jamaluddin dan Bung Mokhtar.

Baru-baru ini, Bung Mokhtar tampil menyindir Raja Bomoh di laman Twitter dengan mengatakan upacara ritual tikar terbangnya sudah jadi parody orang ramai sehingga memalukan nama Malaysia di seluruh dunia.


Bagaimanapun, Raja Bomoh tidak cepat melatah dan menyindir pula Bung Mokhtar dengan mengatakan isterinya tidak pernah bercium dan berpeluk dengan lelaki lain. Memang pedas sangatlah sindiran ini.


Nampaknya, seorang lagi ahli politik negara bakal jadi mangsa tamparan buaya Raja Bomoh. Sebelum ini, Ibrahim turut memberi amaran kepada Khairy suraya tidak masuk campur jika tidak mahu apa-apa kejadian pelik berlaku ke atasnya.

Sumber: plbgaimacam
Y U NO SHARE?

Informer Al-Qaeda Dedah Penglibatan ‘Juruterbang’ Dalam Plot Rampasan Pesawat

Pada minggu lalu sebelum sidang media Perdana Menteri Malaysia yang mengesahkan pesawat MH370 menukar laluan diadakan, seorang informer yang merupakan ahli Al-Qaeda memberitahu kepada mahkamah di Britain bahawa terdapat 4 hingga 5 lelaki warga Malaysia telah merancang untuk mengambil alih sebuah pesawat dengan menggunakan bom yang tersembunyi di dalam kasut.
Informer tersebut, Saajid Muhammad Badat mengatakan bahawa dia telah berjumpa dengan kumpulan pejuang Jihad warga Malaysia di Afganistan, yang mana seorang daripadanya adalah juruterbang. Tambahnya lagi, dia diarahkan untuk memberikan “Bom Kasut” kepada kumpulan warga Malaysia dalam perjumpaan itu.
“Saya telah memberikan satu kasut saya kepada rakyat Malaysia itu. Saya rasa ia adalah untuk mengakses kokpit pesawat.”
Menurut pakar keselamatan, pendedahan daripada pengganas warga British itu dikategorikan sebagai “boleh dipercayai”.
Melalui sumber Pihak Keselamatan British: “Perkara mengejutkan ini mengambil masa yang lama untuk dirancang”.
Plot yang didedahkan Saajid mempunyai kemungkinan berikutan kenyataan Dato’ Seri Najib semalam yang mengesahkan sistem perhubungan pesawat MH370 “sengaja dimatikan” oleh seseorang di dalam pesawat itu.
Saajid membuat pendedahan itu ketika memberi keterangan melalui pautan video dalam perbicaraan kes Sulaiman Abu Ghaith, menantu Osama Laden.
Saajid juga mendedahkan apa yang digelarnya sebagai “Malaysian Plot” didalangi oleh Khalid Sheikh Mohammed, arkitek utama Tragedi 9/11.
Tambahnya lagi, dia yakin rakyat Malaysia, termasuk juruterbang telah “bersiap sedia melakukan tindakan itu”.
Ketika perjumpaan di Afganistan, satu persoalan ditimbulkan sekiranya pintu kokpit berkunci.
Jadi saya berkata, “bagaimana sekiranya aku memberikan kamu satu daripada bom milikku untuk membuka pintu kokpit itu?” -Saajid memberitahu mahkamah.
Ketika ditanya apa yang dia tahu mengenai kumpulan rakyat Malaysia ini? Beliau menjawab “Saya tahu mereka mempunyai kumpulan, uh, bersedia melakukan perbuatan yang sama seperti rampasan pesawat dalam tragedi 9/11(World Trade Center)”
Prof Anthony Glees , pengarah pusat Pengajian Keselamatan dan Perisikan, University of Buckingham berkata “Saya percaya ini adalah satu rampasan sebaik sahaja kami diberitahu pesawat telah mengubah laluan penerbangan”
Maklumat yang didedahkan semalam dalam sidang media akhirnya memadam segala teori yang ditimbulkan ramai penyiasat dan pakar penerbangan seperti berlaku letupan atas udara, penyahmampatan udara dalam kabin dan kegagalan sistem pesawat.
Sumber Asal: terengganutoday

Y U NO SHARE?

GAMBAR : HOBI YANG BIKIN JIRAN " PANAS "






Sumber : email daripada intan (petaling jaya, selangor)
Y U NO SHARE?

Pendapat Pengamal Perubatan Islam Lokasi MH370 (Video)



Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar salah seorang pengamal perubatan islam memohon kepada pasukan penyelamat untuk meneruskan pencarian di daratan. Beliau berkata sedemikian bukanlah bermaksud dia ingin menjadi penilik atau sebagainya.

“Ada kenyataan dikeluarkan sebelum ini menyatakan pesawat berpatah balik. Saya menyeru pihak SAR lebih tumpukan usaha pencarian ke daratan pula di sekitar Laut China Selatan melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang termasuk Vietnam juga tetapi bukan lagi di laut,” ujarnya.





Y U NO SHARE?

MH370: Kenyataan PM beri nafas lega pada anggota keluarga



PUTRAJAYA - Setelah lapan hari dalam keadaan berteka teki mengenai nasib penumpang dan anak kapal pesawat MH370, hari ini anggota keluarga mampu menghela nafas lega dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung petunjuk-petunjuk terbaru lokasi pesawat berkenaan.

Bapa kepada Khairul Amri, 29 Selamat Omar, 60, berkata beliau serta seisi keluarga menganggap pengumuman itu memberikannya harapan cerah mengenai nasib anak ketiga dari empat beradik itu untuk pulang ke pangkuan keluarga.

"Saya berharap operasi ini akan diteruskan dan seterusnya berjaya mengesan pesawat itu kerana saya tahu operasi ini bukan sesuatu yang mudah dan melibatkan banyak negara.
    
"Sekarang kita telah mengetahui maklumat yang sahih mengenai pesawat tersebut dan berharap supaya penumpang juga selamat," katanya.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan sidang media khas oleh Perdana Menteri bersama beberapa anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di lobi Hotel Everly, di sini, hari ini.

Selamat juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, kerajaan serta kepada negara-negara lain yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat yang hilang sejak Sabtu lepas.
    
Sementara itu, Muhammad Fikri Zamani, 11, adik bongsu kepada seorang daripada penumpang Penerbangan MH370 itu, Muhammad Razahan, 23, turut meluahkan perasaan yang sama selain begitu merindui abang sulungnya itu yang sering membawanya berjalan-jalan menaiki motorsikal.
    
"Saya harap abang akan segera ditemui, selain menaiki motosikal kami juga sering menonton wayang bersama dan berharap filem 'Sejoli' yang kami tonton baru-baru ini bukan filem terakhir yang kami lihat bersama," katanya.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing, pada pukul 12.41 pagi Sabtu lalu. - Bernama

Sumber: Sinar Harian
Y U NO SHARE?

Kisah Pondan Natasya Jadi Rebutan Jejaka

KANGAR – “Saya berasa amat bersalah dan bimbang selepas teman saya menerima aib disimbah asid. Oleh itu, saya hendak pergi dari sini.”
Demikian luahan seorang pondan yang mahu dikenali sebagai Natasha, 28, yang dikaitkan punca cemburu seorang lelaki sehingga sanggup bertindak menyimbah asid ke atas rakan serumahnya di Taman Seri Bakau di sini pada Sabtu lalu.


Kata Natasha, dia akan membawa diri ke tempat baharu bagi menjalani kehidupan lebih aman bersama teman serumahnya yang juga mangsa kejadian, Mohd. Hafizuddin Johari, 20.
“Sejak kami bersama, ramai pihak tidak senang dengan hubungan kami sehingga sering diugut dan dicaci.
“Kejadian ini amat menakutkan saya dan demi keselamatan dan keselesaan hidup, kami akan pindah,” katanya ketika ditemui di Rumah Kelab Media Perlis
Y U NO SHARE?

MISTERI MH370 - TERJAWAB, NAJIB TELAH MENGESAHKAN PESAWAT MH370 TELAH

Sehingga kini telah lebih seminggu kehilangan pesawat MH370, habis lautan china selatan di teroka dan lautan barat di teroka untuk mencari sekiranya terdapat tanda-tanda pesawat tersebut terhempas. Kini setelah 8 hari operasi SAR, akhirnya pengumuman daripada Datuk Seri Najib menyatakan segalanya. Misteri MH370 Terjawab!


Perdana Menteri Sahkan MH370 Dilencongkan Dengan Sengaja. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib TUn Razak sebentar tadi mengesahkan kapal MH370 telah dilencongkan dengan sengaja ke laluan baru.

Walaupun tidak menyatakan secara tepat ia dirampas, tetapi beliau mengakui campur tangan secara sengaja telah menyebabkan kapal itu hilang daripada radar awam.

Beliau mengaku ia telah dengan sengaja diterbangkan pihak tertentu ke arah barat melintas semenanjung Malaysia.


Kata Najib, data memperlihatkan kapal masih di udara jam 8.11 pagi (perhubungan terakhir) walaupun ia sepatutnya sudah mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.

Beliau berkata, siasatan kini bertumpu kepada dua koridor 

KORIDOR UTARA di kawasan Kazakstan dan Thailand serta

KORIDOR SELATAN kawasan Indonesia dan laut selatan India 

Penyiasat merumuskan bahawa seorang atau lebih orang yang memiliki pengalaman menerbangkan kapal yang agak tinggi telah merampas (hijacked) kapal MH370, mematikan alatan komunikasi dan mengubah haluan kapal, menurut seorang pegawai Malaysia yang terbabit dalam siasatan itu, lapor Los Angeles Times dan Associated Press.

Tiada motif atau permintaan yang diketahui setakat ini dan tidak pasti secara tepat ke mana kapal berkenaan telah dibawa, kata pegawai berkenaan yang bercakap tanpa mendedahkan namanya kerana dia tidak dibenarkan bercakap kepada media.

Menurut pegawai berkenaan, rampasan kapal terbang bukan lagi setakat teori.

“Ia sudah tidak boleh disangkal,” katanya.

(BACA – Data Radar Memperlihatkan MH370 Berubah Haluan Lebih Dari Sekali)

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual akan mengadakan satu sidang media khas sebentar lagi di KLIA.

Tidak diketahui apa kandungan sidang media berkenaan namun berkemungkinan untuk mengesahkan MH370 telah dirampas.

Beliau akan hanya membuat satu kenyataan dan dijangka tidak akan menjawab sebarang soalan media. Semua soalan perlu diajukan semasa sidang media jam 5.30 petang nanti.

Buat pertama kalinya, bilik media telah diarah untuk dikosongkan bagi tujuan keselamatan.

Dalam pada itu, seorang pramugari yang sepatutnya bertugas dalam penerbangan MH370 tetapi tidak hadir untuk berkerja telah ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kehilangan pesawat itu.

Pesawat MH370 hilang dari radar kurang sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju Beijing kira-kira pukul 12.41 pagi Sabtu. Ia dijadualkan tiba di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.


Y U NO SHARE?

Gadis Tunisia 'jihad seks' di Syria hingga hamil

Menteri Dalam Negeri Tunisia, Lotfi Bin Jeddo telah membuat satu kenyataan yang mengejutkan. Beliau mendakwa sejumlah kumpulan gadis Tunisia telah ke Syria untuk berjihad seks telah kembali dalam keadaan hamil. 

Televisi Al Arabiya melaporkan, gadis-gadis Tunisia ini melakukan hubungan seks dengan 20 hingga ratusan pemberontak Syria. "Mereka hamil atas nama jihad seksual dan kita hanya berdiam saja tanpa berbuat apa-apa pun," ucap Jeddo di Majlis Konstituen Nasional. 

Jeddo mendakwa telah melarang enam ribu warga Tunisia untuk pergi ke Syria sejak bulan Mac lalu dan menangkap 86 orang yang disyaki terlibat dalam sindiket pemuda Tunisia untuk berjihad di Syria.

"Pemuda-pemuda Tunisia ditempatkan di garis depan medan tempur dan diajar cara merompak dan menyerbu desa-desa di Syria," kata Jeddo. 


April lalu, mantan Mufti Tunisia, Othman Battikh, mengatakan 13 gadis Tunisia ditipu untuk pergi ke Syria. Mereka dijadikan pelayan seks bagi para pemberontak yang ingin menggulingkan rezim Basyar al-Assad. Battikh dipecat dari jabatannya, karena menyebut jihad seks adalah bentuk lain dari pelacuran.



"Demi alasan jihad di Syria mereka memaksa gadis-gadis pergi ke sana. Tiga belas gadis Tunisia dikirim ke sana untuk jihad seks. Apa pula ini? Ini yang disebut pelacuran. Ini benar-benar merosak moral," kata Battikh kepada wartawan.

Pengarah Umum Keamanan Masyarakat, Mustafa Bin Omar, mendakwa jaringan Al-Qaidah Ansar Shariah telah menggunakan gadis-gadis yang masih remaja yang berpakaian tertutup untuk menjadi pemuas seks para pria yang sedang jihad.
Y U NO SHARE?

Kisah Malam Pertama Yang Indah


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.


Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
Y U NO SHARE?

Kisah Malam Pertama Yang Indah


Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku. "Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.


Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!
Y U NO SHARE?

Designed By Seo Blogger Templates | Xo so