Submit a Picture
Our Email is example@gmail.com you can send us funny pictures and we will publish it on our website with your name.
Subscribe Via Email
Get latest update in you Inbox!!!




9GAG is your best source of fun.

Advertisment

Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

(7 GAMBAR) MIMI ONE NATION EMCEES TERSEMBUL MENDAPAT RESPON NEGATIF PEMINAT









(7 GAMBAR) MIMI ONE NATION EMCEES TERSEMBUL MENDAPAT RESPON NEGATIF PEMINAT | Foto-foto Mimi One Nation Emcees yang berbaju jarang sehingga terlihat branya yang berwarna merah telah dimuat naik ke akaun Instagram miliknya. Selepas beberapa gambar yang dikongsi, beliau dikutuk oleh peminatnya sendiri.

Y U NO SHARE?

(11 Foto) Padah ! Apabila foto koleksi peribadi tersebar !







Y U NO SHARE?

Fungsi Lain Payudaya Wanita Selain Dari Menyusukan Anak





Pasti ramai sudah tahu fungsi utama nya adalah untuk menyusukan bayi, dan ternyata masih banyak fungsi lain seperti di bawah ini ..
Y U NO SHARE?

10 FOTO ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013



1. Elfira Loy, 19

Sejak kecil Elfira Loy atau nama sebenarnya, Nur Elfira Loy Ahmad Sabri suka bersolek. Antara amalannya untuk menjaga kecantikan, dia mesti mencuci muka setiap hari dan menjaga pemakanan hariannya.

“Dalam sebulan saya akan ke sebuah premis kecantikan di Sungei Wang, Bukit Bintang untuk menjalani proses mencuci muka yang kosnya RM50 saja. Saya bukan jenis orang yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk mencantikkan wajah. Cukuplah, sekadar sekali dalam sebulan saja."

Untuk jagaan kulit badan dia mengamalkan petua keluarga turun-temurun daripada datuknya iaitu menggunakan hampas kelapa untuk mencuci dan membuang daki pada badan.

“Hampas kelapa sebenarnya berminyak dan senang menanggalkan daki. Saya juga tidak berminat memutihkan kulit badan. Bagi saya, cukuplah kulit sekadar nampak lembap setiap masa.

2. Izara Aishah, 21



Izara Aishah Hisham pula hanya mencuci muka dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas bangun tidur. Akuinya, sikap tidak selalu bermekap dan dia selesa berada di tempat awam tanpa solekan.

“Saya bersyukur tidak mempunyai masalah kulit muka. Namun saya tak boleh makan kacang kerana cepat naik jerawat dan saya juga tak jaga makan. Saya makan apa saja yang dihidangkan.”

Berdarah kacukan Melayu dan Pakistan di sebelah ibunya, Izara yang dikenali ramai menerusi drama seperti Vanila Coklat, Keranamu Laila dan Naziha itu adalah pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010

3. Anzalna Nasir, 25



Berperwatakan lembut, pelakon meningkat naik Nur Anzalna Md Nasir ini juga memiliki wajah yang menawan. Apatah lagi, jika dia tampil menggayakan gaun labuh dan pendek.

Anzalna yang bakatnya dicungkil menerusi pencarian Dewi Remaja 2010/2011 itu, turut dikenali ramai menerusi lakonan berkesannya dalam drama Adam dan Hawa bersama Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa

4. Nur Fathia, 25



Rahsia penjagaan kulit pelakon utama drama Diandra, Nur Fathia Abdul Latiff pula dia mengamalkan pengambilan makanan tambahan dikenali sebagai ‘Kekcolly’ yang juga produk kesihatan dari Korea Selatan.

Fathia pernah mengalami masalah kulit kusam apabila tidak bermekap dulu dan kini dia sudah menemui jalan penyelesaian.

“Saya bukanlah orang yang taksub pada produk makanan kesihatan. Namun, saya tertarik untuk mencuba produk dari Korea itu kerana dihasilkan daripada bahan semula jadi yang selamat."

“Saya selidik dulu penghasilan produk itu sebelum membuat keputusan mencuba. Nampaknya, percubaan saya berbaloi kerana produk itu sesuai dengan saya. Selain itu, saya juga pastikan dapat tidur yang cukup."

“Selain itu, saya amalkan penggunaan produk pelindung sinaran matahari setiap kali keluar rumah dan ketika berada di lokasi penggambaran serta membasuh muka setiap hari.”

Ujarnya, masalah kulit mudah berlaku apabila sering terdedah dengan sinaran matahari yang terik. Ia sama sekali boleh merosak kulit dan cepat nampak tua. Fathia yang berdarah kacukan Melayu dan Arab lebih selesa memilih produk dihasilkan dari Jepun dan Korea kerana mereka menggunakan teknologi terkini dan bahan organik.

5. Neelofa, 24



Berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Arab, tak dinafikan Neelofa juga amat jelita. Justeru, tidak hairan apabila pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini berjaya menjadi juara Dewi Remaja 2010/2011.

Memiliki bakat besar dalam bidang seni, Neelofa yang pernah membintangi filem Azura 2012 dan Hantu Kapcai itu, kini lebih aktif mengacara program TV seperti Nona dan Meletop.

6. Kilafairy, 19



Memiliki bibir paling seksi dan menawan, pelakon dan penyanyi, Kilafairy juga tidak mengenakan solekan di wajahnya. Bahkan, gadis manis berusia 19 tahun ini bijak dalam penampilan.

Kilafairy atau nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan yang juga anak bongsu kepada penyanyi terkenal, Rohana Jalil berjaya membina namanya sendiri tanpa terus dibayangi kehebatan ibunya.

7. Emma Maembong, 21



Pemilik nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail atau mesra dengan sapaan Emma Maembong ini juga berada dalam kelompok artis yang tetap kelihatan jelita walaupun tanpa mekap.

Berdarah kacukan Melayu dan Scotland daripada ibunya, Emma juga dilihat sering tampil dengan solekan nipis ketika menghadiri majlis hiburan.

Bukan sekadar pelakon, Emma yang turut aktif sebagai model iklan ini pernah membintangi drama seperti Kau Yang Terindah, Cinta Itu Milikku dan Kampung Girl. Emma juga pernah menjadi finalis Artis Baru Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012).

8. Tasha Shilla, 26



Kehebatan Tasha Shila atau nama sebenarnya, Natashasheila Abd Razak dalam lakonan sudahpun dibuktikan oleh artis yang memiliki mata paling cantik ini.

Pernah membintangi filem Ratu The Movie, drama seperti Epilog Cinta Khirana dan Rindu Bertamu Di Abu Dhabi, Tasha sudah merangkul anugerah Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011 dan Anugerah Heroin Baru Terhebat di Anugerah Blockbuster 2012

9. Nelydia Senrose, 19



Walaupun baru berusia 19 tahun, kematangan wajah pelakon remaja Nelydia Senrose tak boleh dinafikan. Apatah lagi, Nelydia juga kini menjalin hubungan cinta dengan lelaki matang, Qi Razali, 35.

Masih lagi melanjutkan pengajian dalam bidang psikologi, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen ini yang berdarah campuran Melayu dan Siam cukup dikenali peminat menerusi drama Setia Hujung Nyawa dan terkini, Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang diadaptasi daripada novel.

10. Wawa Zainal, 22


Berstatus isteri dan ibu juga tidak menghalang pelakon Wawa Zainal untuk memastikan kulit wajahnya yang jelita sentiasa terpelihara.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin mengamalkan minum banyak air suam serta mengelak daripada makan kacang kerana mudah tumbuh jerawat.

“Saya jaga kulit muka biasa-biasa saja. Saya juga pakai ‘mask’ (topeng muka) setiap dua minggu sekali.”

Menurut anak jati Sabah yang pernah muncul dalam filem 99 Kali Rindu dan Budak Pailang itu, dia juga tak lupa membasuh mukanya dua kali dalam sehari. Mengakui dia turut menitikberat­kan penjagaan makanan yang baik dan berkhasiat.
Y U NO SHARE?

Status Wardina Safiyyah Kecam Ceramah Ustaz Don Daniyal Di Facebook


Wardina Safiyyah kecam ceramah Ustaz Don Daniyal di facebook - Model tudung dan pengacara terkemuka, Wardina Safiyyah meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan.

Sebelum ini, Wardina pernah berkongsi satu video berjudul KOMPILASI HADIS PALSU DAN PENDUSTAAN DON DANIYAL dari seorang wanita yang bernama Nur Puteri Dayana.

Perkongsian tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan orang ramai sehingga ada yang menyokong malah tidak kurang juga menghentam tindakan Wardina menegur Ustaz Don secara terbuka. Mari baca status panjang lebar beliau di facebook.



Y U NO SHARE?

Ana Dahlia Dan Kekasih Mandi Sabun Di Thailand [3 Gambar]

Gambar Ana Dahlia dan kekasih mandi sabun - Difahamkan pelakon Ana Dahlia dan teman lelakinya, Ubai Zulkiflee telah bercuti di kota Bangkok, Thailand baru baru ini berdasarkan beberapa keping gambar yang dikongsikan mereka di laman Instagram masing-masing.


Pasangan ini memilih kota Bangkok sebagai destinasi bercuti bersempena dengan sambutan festival Songkran atau Tahun Baru Thai di seluruh Thailand yang jatuh sekitar 13–15 April setiap tahun. Mereka nampak bahagia bercuti bersama terutamanya ketika mandi sabun di sana.


Y U NO SHARE?

Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital

Punca Sebenar Pengarah Terkenal Syamsul Dikejarkan Ke Hospital | Kami ifahamkan pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital pagi tadi menurut sumber akhbar Mstar Online. HM tertanya-tanya apa punca beliau dikejarkan ke hospital.. apa penyakitnya..? huhu apapun semoga Syamsul cepat sembuh.. baca penjelasan sebenar ibu Syamsul di bawah...


Hanya beberapa hari lagi sebelum melangsungkan perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana, pengarah terkenal Syamsul Yusof dikejarkan ke hospital kerana disyaki menghidap penyakit demam denggi.

Menerusi mStar, ibunya, Datin Patimah Ismail memberitahu, dia membawa Syamsul ke hospital pagi Selasa selepas mengadu sakit kepala dan demam teruk sejak dua hari lalu.

"Saya bawa Syamsul ke hospital pagi tadi lepas dia mengadu sakit kepala dan suhu badan dia sangat panas. Pada mulanya saya ingat hanya demam biasa sahaja, tapi bila sudah dua hari demamnya semakin teruk, saya terus bawa dia ke hospital dan doktor syak ia mungkin demam denggi."

Tambah Patimah, buat masa ini doktor masih lagi membuat pemeriksaan lanjut selepas mengambil contoh darah anak lelakinya itu untuk mengetahui penyakit sebenar.

Sementara itu, Patimah memberitahu, Syamsul sempat berjenaka akan bernikah di hospital jika keadaannya masih belum sihat pada hari pernikahannya yang bakal berlangsung 8 Mac ini.

"Setakat ini doktor masih belum buat pengesahan rasmi tentang penyakit ini dan baru sahaja ambil darah untuk pemeriksaan lanjut. Syamsul juga ada berseloroh untuk bernikah di hospital jika keadaan belum sihat menjelang hari pernikahannya nanti."

Patimah turut meminta peminat turut mendoakan agar kesihatan anaknya kembali pulih secepat mungkin. Admin harap Syamsul kembali sihat secepat mungkin. Ramai peminatnya yang tidak sabar-sabar lagi beliau bersanding di atas pelamin.
Y U NO SHARE?

Apa Yang Menariknya Sandal Yang Dipakai Oleh Che Ta ?

 

Pada sidang media di Amp Walk Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April lalu, Rozita Che Wan telah menarik minat para wartawan dengan sandal yang dipakainya.

Memetik laporan Mstar Online,sandal yang dipakai Rozita,41,atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta itu, sandal tersebut merupakan hantaran daripada suaminya, Zain Saidin pada perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.

Sandal Cik Ta yang bercahaya bak kilauan emas dari jenama terkenal Gueseppe Zanoti di pakai bagi memadankan dengan baju rekaan Kudin yang dipakai pada hari tersebut.





"Sandal ini adalah kegemaran saya kerana ia selesa dan memudahkan saya bergerak sejak hamil. Paling penting ia adalah hadiah daripada suami semasa perkahwinan kami dulu," katanya yang dijangka bersalin pada pertengahan Oktober depan.



Dedah Cik Ta lagi, dia hanya akan memakai sandal sekiranya tidak bersama Zain. Tetapi apabila keluar bersama suami, dia akan memastikan dapat menggayakan kasut bertumit tinggi.



"Kalau keluar dengan suami mesti kena pakai heels sebab Zain tinggi dan baru nampak sepadan...Hahaha," katanya.



Sandal berkenaan adalah hadiah daripada suaminya, Zain Saidin semasa perkahwinan mereka penghujung tahun lalu.



Tambah Cik Ta lagi, gaun bewarna hitam yang digayakannya ini adalah daripada rekaan pereka fesyen Kudin dan ia baharu sahaja siap untuk dipakai pada sidang media itu.



"Baju yang dibuat oleh Kudin ini simple sahaja kerana ia tiada potongan mengikut badan memandangkan saya sedang hamil tetapi ia sangat selesa," ujarnya.


Y U NO SHARE?

Reaksi Erra Fazira Setelah Bekas Suami, Engku Emran Pujuk Guna Instagram


Reaksi Erra Fazira setelah bekas suami, Engku Emran pujuk guna Instagram | Pelakon Erra Fazira meminta mana-mana pihak tidak memperbesarkan isu apabila bekas suaminya Engku Emran Engku Zainal Abidin meluahkan kata-kata seolah-oleh mahu merujuk semula hubungan mereka selepas disahkan bercerai pada 18 Februari lalu. 

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, dia terkejut dengan tindakan Emran dan berharap bekas suaminya itu menghormati privasinya. "Tolong hormati privasi saya. Tiada ada ibu-bapa yang tidak mahu membahagiakan anak. “Tanggungjawab dan amanah (menjaga anak) tetap dikendong. Jangan desak saya," katanya.

Pada Sabtu, Emran, 39, menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik gambar anak mereka Engku Aleesya, 5, yang memakai baju T dengan tulisan #prayformomandayah. Dalam kapsyen foto tersebut, Emran telah meluahkan hasratnya ingin memenangi hati Erra semula dan mengaku masih mempunyai perasaan cinta terhadap bekas isterinya itu. 

Dalam pada itu Emran turut mengimbas semula kenangan ketika perkenalannya dengan Erra. Kenyataan Emran membuatkan peminat memberi reaksi positif dengan meletakkan hashtag #prayformomandayah sebagai tanda mendoakan agar hubungan kedua-dua pasangan itu terjalin semula.



Sementara itu, beritahu Erra, walaupun seluruh masyarakat mendoakan agar mereka dapat disatukan, namun hanya dia yang tahu apa yang terjadi di antaranya dengan Emran. "Satu Malaysia boleh berdoa tetapi Allah lebih mengetahui. Saya mohon sangat-sangat, saya tahu apa yang saya lalui. "Tolonglah hormati privasi saya dan doakan saja yang terbaik," ujarnya. Emran dan Erra telah bercerai pada 18 Februari lalu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, dekat sini dengan talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2007. -Mstar


Y U NO SHARE?

Nana Mahazan Mengamuk Setelah Memuat Naik Sekeping Gambar Laman Sosial

Menerusi laman sosial akaun instagram milik bekas pelajar Akademi Fantasia dan juga bekas DJ radio Era, Nana Mahazantelah menyatakan ketidak puasan hati terhadap seorang pengikut instragamnya yang merupakan seorang perempuan bernama Maisarah Suraya Fatin.

Pada ketika itu Nana Mahazan telah memuat naik gambar dia mengenakan skrit pemberian oleh @nyonya_mansur . Dengan tidak semena-mena wanita terbabit telah pun melabelkan anak kepada Nana Mahazan sebagai 'squirrel' atau dalam bahasa melayu tupai.

Walaubagaimanapun, komen yang ditulis oleh Maisarah Suraya Fatin tersebut telah dibuang oleh Nana Mahazan juga sudah di block dari akaun instagram beliau. Tindakan wanita tersebut telah mengundang rasa kurang senang diantara peminat-peminat Nana sendiri.

Malah perbuatan melabelkan Althea iaitu anak perempuan Nana sebagai tupai turut menyentuh ramai sensitiviti seorang ibu yang mempunyai anak. Tindakan Maisarah Suraya Fatin tersebut sekali gus melambangkan sikap tidak sopan.

Untuk Nana tabahkan hati mungkin wanita tersebut cemburu melihat kebahagian keluarga yang dimiliki oleh Nana, malah anaknya itu sangat bijak dan petah berbahasa inggeris. Bagi peminat Nana terus lah meyokong Nana.

Antara bukti yang menyebabkan Nana berang serta gambar dari Fb Maisarah Suraya Fatin. Tak baik mengutuk dan mengelar anak orang kalau anak anda digelar sebegitu apa peraasan anda? Pada wanita terbabit silalah mohon maaf pada Nana.





Inilah dia Maisarah Suraya Fatin yang melabelkan Althea sebagai tupai.
Link Fb : https://www.facebook.com/maisarah.s.fatin?fref=ts


Y U NO SHARE?

Isteri Johan Ozlyn jawab isu gambar Johan lama sujud ketika bersolat !


Isteri Johan Ozlyn jawab isu gambar Johan lama sujud ketika bersolat ! |  Komen daripada Ozlyn mengenai isu tersebut. Ini sudah lumrah sebagai selebriti popular ada sahaja isu yang dipersoalkan oleh peminat atau orang ramai yang mengenali mereka , ini lah yang berlaku kepada selebriti popular Johan dan isteri Ozlyn.

Namun bagi mereka itu adalah perkara biasa dan itu adalah hak mereka untuk membuat sesuatu perkara di laman sosial mereka peminat tidak sepatutnya memberi komen negetif terhadap apa yang mereka lakukan.
Jika anda seorang peminat tegar Johan, sudah pasti akan sedia maklum bahawa laman Instagramnya dipenuhi dengan foto bersama isteri dan anaknya.

Bagaimanapun, semalam laman Facebook dipenuhi dengan cerita daripada beberapa blog gosip yang mendakwa kononnya pelawak terkemuka tanah air, Johan Raja Lawak telah tertidur ketika sedang bersolat.
Berasa hairan dengan kisah itu, penulis lantas membaca artikel tersebut yang turut menuduh bahawa isterinya, Ozlyn telah membuka aib Johan apabila sengaja memuat naik foto tersebut di laman Instagram, namun Ozlyn enggan mengambil kisah mengenai perkara tersebut.


Admin sangat kagum dengan Ozlyn dan Johan mereka enggan mempedulikan fitnah orang, Ozlyn turut berkata bahawa dia kini bahagia melayari rumahtangganya bersama Johan dan juga bergelar ibu kepada 3 orang puteranya. Credit Oh Bulan
Y U NO SHARE?

4 Gambar Failed Emma Maembong


4 Gambar Failed Emma Maembong Ternampak Celana Dalam?Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992), atau nama glamournya Emma Maembong merupakan seorang pelakon dan model kelahiran Malaysia. Emma mula mendapat perhatian atau popular disebabkan wataknya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah.

KERJAYA

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama ayahnya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah.

Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).




Selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu. Walaupun dia hanya berlakon sebagai watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia.

Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.
KEHIDUPAN AWAL

Emma adalah anak kesembilan daripada sebelas adik-beradik. Bapanya adalah Melayu manakala ibunya ialah Scotland. Ibu bapanya telah bercerai dan Emma memilih untuk tinggal dengan bapanya. Bapa Emma adalah seorang pelukis Malaysia dan dia juga mengikuti jejak langkah bapa beliau dan mempunyai bakat dalam lukisan.


Beliau banyak membuat sumbangan seni beliau sendiri dipamerkan di galeri keluarga mereka sendiri yang dikenali sebagai Galeri Seni Maembong. Adik Emma Cha Cha Maembong dan kakaknya Yaya Maembong juga seorang pelakon.

PENDIDIKAN

Emma hanya bersekolah sehingga Tingkatan 2 dan melakukan kerja-kerja rumah. Walaupun mendapat banyak kritikan, Emma menjelaskan bahawa dia sebenarnya memilih untuk berbuat demikian kerana dia mempunyai seorang adik di rumah yang tidak dapat berjalan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pelajaran, walaupun dia mengaku tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana mahu mengikut jejak langkah bapanya.
Y U NO SHARE?

Fakta menarik tentang Akbar Shaari dan Aidil Zafuan

Gambar Akbar Shaari, bekas suami pertama Rita Rudaini - Rasanya tak ramai tahu pelakon Rita Rudaini pernah berkahwin dengan pengulas sukan TV3 dikenali Akbar Shaari pada 23 Mei 1999 sebelum mereka berpisah dua tahun kemudian.


Admin ingatkan Aidil Zafuan ialah suami pertama Rita Rudaini. Fakta menarik tentang Akbar Shaari dan Aidil Zafuan, kedua-dua mereka mempunyai pasangan kembar masing-masing dan sama-sama berasal dari Negeri Sembilan.



Sehingga kini, punca kedua-dua jejaka tersebut menceraikan Rita Rudaini tidak pula diketahui. Pelbgai spekulasi timbul yang tidak pasti kebenarannya setakat ini. Ada yang berpihak kepada ibu tunggal itu malah ramai juga yang menyalahkannya sebagai kaki control.

Mari layan tiga keping gambar Akbar Shaari, bekas suami pertama Rita Rudaini yang kacak.



Y U NO SHARE?

Ini Sebab Sebenar Hanez Suraya Dibaling Selipar


Hanez Suraya dibaling selipar? SEHINGGA kini, aktres Hanez Suraya, masih dikecam teruk oleh masyarakat dek kontroversinya menjalinkan hubungan dengan suami orang yang dikenali sebagai Mr R (Romie).

Bukan saja digelar 'perampas', pelakon Autumn di Hatiku juga tidak putus-putus menerima cacian dan cemuhan dari pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Instagram dan Facebook miliknya.

Mengakui berasa sedih dan tertekan dengan segala kritikan negatif tersebut, Hanez berkata, kecaman itu turut dirasai sehingga di luar sehingga membuatkan dia berasa kurang selamat.

"Selepas saya buat sidang media tu memang saya rasa sangat sedih. Sebab pandangan orang terhadap saya. Namun saya akui ia tidaklah sampai mendapat ancaman di luar.

“Ada sekali tu saya terserempak dengan orang yang membenci saya. Dia kata nak saja baling selipar pada saya. Tapi dia tak buatlah. Cuma dia cakap sajalah. Alhamdulillah, itu menandakan keadaan masih dapat dikawal lagilah.

“Selepas kejadian itu, atas nasihat keluarga, saya ada mengupah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya. Tetapi untuk acara-acara tertentu sahaja. Kalau ikutkan saya tak selesa bila ada orang sentiasa menjaga pergerakan saya. Tapi itu permintaan keluarga demi keselamatan saya,” katanya.

Enggan terlalu memikirkan situasi tersebut, Hanez berkata, dia akan kembali berusaha untuk mendapat kepercayaan peminat-peminatnya semula. Sebab itu juga, dia tidak jadi menarik diri dari membintangi teater Projek Kahwin, pada 12 hingga 14 Jun, di Istana Budaya.

“Memang takut saya untuk menerima semula tawaran berlakon teater ini, kerana bimbang penjualan tiket berkurangan dan akan mendatangkan kesan terhadap pihak pengurusan.

“Tetapi memandangkan saya mahu beraksi dan membuktikan kemampuan saya dalam bidang lakonan teater saya menyahut cabaran ini. Saya harap peminat akan menilai persembahan saya bukannya kisah peribadi saya,” katanya.

Teater terbitan Mask Team Productions arahan Muhammad Azri Ali turut diterajui, Kilafairy, Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad, Zulin Aziz Fazleena Hishamuddin dan Kaka Azraff. - Sinar Harian
Y U NO SHARE?

SHAH JASZLE HANYA PAKAI BOXER DICEKUP KHALWAT DENGAN FARAH NURIZZATI


Shah Jaszle hanya pakai boxer dicekup khalwat dengan Farah Nurizzati - Mohd Radzi Saliman, Pegawai Penguat Kuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberitahu mahkamah, beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) ketika serbuan di sebuah apartmen di Taman Sri Subang 16 Mei 2013.

Ketika pemeriksaan dibuat di bilik kedua rumah berkenaan, ia didapati berkunci dan hanya dibuka selepas hampir lima minit diketuk oleh pihaknya, kata Mohd Radzi, 30.

Seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu bilik berkenaan.

"Ketika pintu dibuka bilik berkenaan berada dalam keadaan gelap dan selepas saya membuka lampu bilik itu, saya mendapati ada seseorang yang sedang baring di katil sambil berselimut."

"Apabila dia diarahkan untuk bangun dari katil saya mendapati dia adalah seorang lelaki dan ketika itu dia hanya memakai ‘boxer’ (seluar dalam) sahaja."

Beliau sebagai saksi pertama dalam kes perbicaraan melibatkan pelakon Sharizal Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 26, dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh, 22, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling hari ini.

Shahrizal Jaszle diwakili peguam syarie, Ashraf Ranee manakala pendakwaan dilakukan pendakwa syarie, Hasrul Hafidzi Ahmad dan dijalankan di hadapan hakim syarie, Abd Halim Abu Samah.

Mohd Radzi turut memberitahu mahkamah, aktor itu juga mengaku wanita yang bersamanya dalam sebuah bilik ketika diserbu adalah teman wanitanya selepas disoal sama ada mereka mempunyai ikatan sah sebagai suami-isteri.

Shahrizal yang duduk di kandang tertuduh, hadir memakai baju Melayu berwarna putih bersongkok tenang ketika mendengar keterangan daripada saksi hampir dua jam perbicaraan berlangsung.

Terdahulu, pada 16 Mei 2013, Shahrizal dan pasangannya Farah Nurizzati ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, Petaling Jaya kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jais hasil aduan orang ramai.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Ia menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri, 26, terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda pada 13 November tahun lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Shahrizal membayar wang jaminan sebanyak RM1,500 selepas pelakon itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat yang dikenakan.

Shahrizal ketika ditemui mStar Online di perkarangan mahkamah memberitahu dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Mohd Radzi kepada mahkamah. Perbicaraan disambung semula pada 10 Jun depan.
Y U NO SHARE?

Top 10 Artis Melayu Dengan Arak!


Lepas ngetop dengan Top 10 Artis Malaysia Paling Seksi Murahan, sekarang Kepoh Giler nak dedahkan pulak Senarai Artis Malaysia Dengan Arak!

Tiz Zaqyah
Bunga Citra Lestari
Ashraf Sinclair
Diana Amir sebelum bertudung
Cico Harahap

Man Bai
Linda Jasmin dan Que Haidar
Rizal
Camelia
Azza Elite sebelum bertudung
Qi Qushairy
Betty Benafe, Zizie Ezette,, dan Zahida Rafik
Minat dengan artis-artis ni? Sebenarnya banyak lagi artis-artis Melayu dengan arak dalam senarai ni tapi karang tak cukup 1 page nak citer pasal depa. Janganlah ada peminat yang terikut sangat budaya barat ni.


sumber: www.kepohgiler.com
Y U NO SHARE?

Designed By Seo Blogger Templates | Xo so