Submit a Picture
Our Email is example@gmail.com you can send us funny pictures and we will publish it on our website with your name.
Subscribe Via Email
Get latest update in you Inbox!!!




9GAG is your best source of fun.

Advertisment

Punca Ketua Wanita Umno Felda Mati Dibunuh

Punca Ketua Wanita UMNO Felda mati dibunuh - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semanchu, Zalifah Jamaluddin, 68, ditemui mati oleh anaknya di kediaman di Felda Semanchu pada tengah hari semalam.

Kejadian itu hanya disedari anak mangsa sekitar jam 12.20 tengah hari setelah penggilannya tidak dijawab. Beliau kemudian membuat laporan polis di balai Telok Sengat.


Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Rahmat Othman, mangsa dipercayai mati dibunuh selepas dirompak penjenayah berdasarkan keadaan rumah yang bersepah-sepah.

"Anak mangsa mendakwa pintu utama rumah terbuka dan barang-barang di dalam rumah bersepah-sepah di serata tempat."

Tambah Supt Rahmat, siasatan lanjut mendapati tiada kecederaan serius dialami pada badan mangsa. Pihak polis masih berusaha mengenalpasti punca kematian Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semanchu itu.

Kini, mayat mangsa telah dibawa ke hospital Sultan Ismail, Kota Tinggi untuk dibedah siasat. Sumber - The star
Y U NO SHARE?

No comments:

Designed By Seo Blogger Templates | Xo so